Ikan Kelah - King Of The River
Apa itu Ikan Kelah?
Menurut Wikipedia: Ikan Kelah
 atau Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik 
besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di 
India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan
 ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama
 kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting 
pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing 
British yang menetap di India.
Spesies Golden Mahseer diketahui
 mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilo gram (118 paun) 
beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikan
 Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang 
pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa 
dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan 
bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, 
tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Selain 
daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian 
perikanan komersil di India.
Kenapa Ikan Kelah menjadi kegilaan Kaki Pancing? 
Ikan kelah bukan sahaja terkenal
 kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah 
ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata kail.
Justeru,
 kombinasi semangat juang yang tinggi apabila terkena mata kail serta 
isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air
 tawar.
Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.
Dikenali sebagai 'King of the River', kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesies.
Kebanyakan
 ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah. Habitat semula 
jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang lebih 500 meter dari paras 
laut
Specis Ikan Kelah Di Malaysia
Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:
a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis 
Ikan kelah merah di Semenanjung 
Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk 
sebagai “Tor Tambroides”.  Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah 
ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah 
mulutnya. 
"Tor Tambroides"
Ikan Kelah Merah
Sementara di Sarawak, ikan yang 
dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan 
semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor
 Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat
“Tor Duoronensis” 
Ikan Kelah Hijau/Empura/Semah
“Tor Douronensis” 
Ikan Kelah Biru
 Golden Masheer yang terdapat di India dan Thailand
Terdapat jalur belang hitam ditengah badan ikan.
Ciri-ciri Ikan Kelah
Menurutnya lagi secara logiknya,
 ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup 
di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju. Ikan kelah ini boleh 
membesar sehingga lebih daripada 50 kilogram (kg) dan dikenali kerana 
memiliki bibir dan mulut yang besar.
 Ikan Kelah suka tinggal di Sungai yang bersih dan jernih serta terdapat arus  dan batu
Selain itu, ikan kelah mempunyai
 garisan lateral (tengah) yang jelas dilihat di tengah-tengah bahagian 
badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan cantik.       
Jumlah sisik di bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping.
Ikan kelah juga mempunyai 
beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal 
(ekor). Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah ia mempunyai lebihan
 daging di bawah dagunya.
Ikan 
kelah betina bertelur sepanjang tahun dan mengeluarkan telur pada musim 
selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan 
sungai. Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit-sedikit 
mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan 
telur secara sekali gus
Kenapa Ikan Kelah mempunyai harga yang sangat tinggi di Malaysia?
Umpan untuk menjerat Ikan Kelah.
Umpan yang popular untuk 
menjerat ikan Kelah ini ialah Umpan biji kepala sawit. Biji kelapa sawit
 diperam terlebih dahulu selama 3 hari supaya lebih berbau dan 
berminyak. Umpan biji sawit selalunya di cangkuk sebiji pada mata kail 
ataupun dihiris dan dicucuk pada mata kail.
 Biji Kelapa Sawit
Cara mencangkuk umpan sawit pada matakail
Selain itu, buah ara masak yang tumbuh liar di hutan juga menjadi umpan kegemaran ikan Kelah. 
Buah Ara
Set Memancing utuk Ikan Kelah.
Ikan Kelah merupakan ikan sungai
 yang mampu memberi tentangan hebat pada memancing. Oleh itu set 
memancing memainkan peranan penting untuk menjamin kejayaan. Rod yang 
berkekuatan hingga 20lb digandingkan bersama kekili 2000-4000 siries 
amat sesuai di gunakan. Tali 12-30lb juga sesuai untuk digunakan. Ketika
 memancing ikan kelah, pastikan set memancing diikat rapi dengan tali 
kerana berlaku beberapa kali kes dimana set memancing terbang ke dalam 
sungai angkara ikan Kelah.
Perbezaan ikan Kelah dan Tengas/Kejor
Tengas dan kejor (panggilan 
tempatan) ialah 2 spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika 
diimbas sekali, kelihatan ikan Tengas dan Kejor amat menyerupai ikan 
Kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan 
tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus 
Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas 
batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”.  Ikan 
tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.
Sebenarnya, apabila disebut 
“ikan kelah” memang merujuk “ikan kelah merah” yang taburannya di 
sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sementara “ikan kelah biru” 
jarang ditemui dan secara geografi, taburannya biasa di kawasan 
Endau-Rompin. Sementara “ikan kelah hijau” adalah panggilan nama yang 
diguna-pakai oleh orang orang Cina (peminat dan penternak) untuk merujuk
 sebenarnya kepada “ikan tengas”, iaitu satu spesis yang mirip mirip 
kelah, dan juga dipanggil sebagai “false mahseer”. Oleh itu 
jangan mudah tertipu semasa membeli ikan Kelah kerana terdapat  peniaga 
yang menipu pembeli dengan menawarkan ikan Tengas/Kejor dengan harga 
setinggi Ikan Kelah kerana kedua ikan ini kelihatan sama dan sukar 
dibezakan.
 Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis
 Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah
Di Malaysia, Ikan Kelah mula 
menujukkan tanda kepupusannya. Ini kerana isinya sedap dan berharga 
mahal telah menjadikan permintaan terhadap Ikan Kelah terlalu tinggi. 
Kepupusannya bukanlah di sebabkan oleh pemancing. Saya berpendapat 
aktiviti memancing bukan faktor kepupusan ikan ini, tetapi segolongan 
manusia yang tamak untuk mengaut keuntungan cepat. Penggunaan jaring 
,renjatan electric dan Bom Ikan merupakan salah satu punca ikan ini 
mengalami kepupusan. Telah beberapa kali ketika kunjungan saya ke Taman 
Negara Pahang, saya mendapati penggunaan teknik terlarang ini oleh  
orang yang tidak bertangungjawab di sungai yang didiami oleh specis Ikan
 Kelah ini semata-mata untuk membekal ikan ini kepada peraih di pasar. 
Kemudian anak-anak ikan Kelah juga ditangkap untuk dibekalkan kepada 
pengusaha kedai aquarium untuk dijadikan ikan hiasan. Walaupun pihak 
Taman Negara melarang keras penggunaan jaring ,renjatan electric dan Bom
 Ikan di sungai yang berada di Taman Negara, orang-orang yang tidak 
bertanggungjawap ini masih licik hingga jaring dan bom ikan masih 
terlepas dan masih digunakan. Kemudian akibat kekurangan & kepupusan
 ikan ini para pemancing pula yang dipersalahkan.
Faktor pencemaran sungai juga 
merupakan faktor utama kepupusan ikan ini yang hanya tinggal di dalam 
sungai yang jernih dan bersih. Walaupun terdapat pemancing yang 
mengamalkan konsep Catch & Release, adakah usaha murni ini memberi 
satu perubahan tentang populasi Ikan ini. Tepuk dada tanya selera. Hanya
 kita mampu merubah supaya anak dan cucu kita dapat memancing salah satu
 ikan air tawar terhebat di Malaysia ini











No comments:
Post a Comment